Sunday, 4 December 2011

RPH


Tugasan Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1

Perancangan Awal Persediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Jadual Penentuan Kandungan
Mata Pelajaran            :           Bahasa Malaysia Tahun 1
Tema                           :           Berhati-hati
Matlamat                     :           Kepentingan bertanggungjawab dan menjaga keselamatan diri dan orang lain demi kebahagiaan hidup
Objektif                       :           Pada akhir unit ini, guru dapat membimbing murid:
1.      Menjelaskan kepentingan keselamatan.
2.      Membina dan menulis frasa yang sesuai berdasarkan gambar.
3.      Mengujarkan ayat dalam petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
4.      Menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul.
5.      Melengkapkan ayat dengan kata kerja yang sesuai.
6.      Menyebutkan peraturan-peraturan di jalan raya.

Hasil Pembelajaran      :           Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

Mendengar dan Bertutur     :
1.4       Bertutur menggunakan diksi yang betul secara bertatasusila.
1.4.3    Berbual tentang peraturan-peraturan yang harus dipatuhi di jalan raya.
5.2.1    Mendengar, memahami, dan menggunakan imbuhan awalan dan akhiran dengan betul dalam pelbagai konteks.
5.1.4    Mendengar, memahami, dan menggunakan kata kerja dengan betul mengikut konteks.

Membaca       :
2.2.3    Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai bahan.
2.3.2    Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda       
              baca.
2.4.1    Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat.
2.4.2    Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.
2.4.3    Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada teks.
     
      Menulis           :
3.3.1    Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan kemas.
3.3.3    Membina dan menulis frasa dengan betul.

Unit
Pengetahuan
Kemahiran
Fakta
Konsep/Istilah
Generalisasi
Kognitif
Psikomotor
Sosial
Unit 1
Kami Selamat
Menjaga keselamatan penting untuk menjamin kehidupan setiap orang.
Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan.
Jauhkan diri, elakkan, simpan.
Memahami bahawa keselamatan bermanfaat kepada kita supaya hidup aman dan bahagia.
Membina frasa berdasarkan gambar.
Memilih dan mempamerkan ayat berkaitan dengan kepentingan keselamatan.
Berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menjaga keselamatan dalam pelbagai keadaan yang dihadapi.
Unit 2
Sentiasa Jaga Diri
Jauhkan diri daripada alatan berbahaya di rumah.
Mengenal pasti benda-benda yang berbahaya di rumah.
Kita perlu menjaga keselamatan diri dengan menyimpan benda-benda berbahaya di tempat yang selamat dan menjauhkannya daripada kanak-kanak.
Menyatakan benda-benda yang berbahaya di rumah.
Menggunting dan menampalkan gambar benda-benda berbahaya pada kad manila.
Berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan alatan yang berbahaya dalam gambar.
Unit 3
Sekolah Selamat
Peraturan di kawasan sekolah hendaklah dipatuhi oleh murid.
Mengetahui dan mematuhi peraturan-peraturan di sekolah adalah tanggungjawab murid.
Mematuhi peraturan-peraturan di sekolah untuk menjamin keselamatan diri dan suasana pembelajaran yang kondusif.
Menyatakan peraturan-peraturan di sekolah.
Berjalan di kawasan sekolah bawah bimbingan guru sambil meneliti dan membaca papan tanda keselamatan
Berbincang dalam kumpulan tentang peraturan di kelas dan di kantin.
Unit 3
Sekolah Selamat
Keselamatan di jalan raya adalah penting untuk menjamin kehidupan setiap orang.
Mengetahui keselamatan di jalan raya.
Menjaga keselamatan di jalan raya dapat mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Menyatakan cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya.
Melakonkan dialog dengan sebutan yang betul dan jelas secara gerak laku.
Berbincang dengan guru tentang peraturan di jalan raya.

Rancangan Pembelajaran Harian Yang Ringkas
RPH1
Unit 1-Kami Selamat
Hasil pembelajaran    :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ,murid harus dapat :
Kognitif
1.         Membina frasa berdasarkan gambar.
Psikomotor
2.         Menjalankan aktiviti soal jawab dan sumbangsaran.
Afektif
3.         Berbincang dalam kumpulan tentang cara-cara menjaga keselamatan.
Kaedah Mengajar :
1.     Set induksi :  Sesi soal jawab - Bersoal jawab dengan murid tentang nilai yang terdapat dalam gambar yang dipaparkan.
2.     Langkah 1  :  Perbincangan – Berbincang dengan murid tentang tempat-tempat yang memerlukan mereka menjaga keselamatan .
3.     Langkah 2  :  Bacaan – Murid membaca ayat yang mengandungi tanda baca dengan sebutan dan intonasi yang jelas dan betul. 
4.     Langkah 3  :  Sumbangsaran – Murid-murid menyatakan alatan berbahaya lain di rumah.
5.     Langkah 4  :  Demonstrasi oleh murid – Membimbing murid berlakon dengan menggunakan dialog di buku teks.
6.     Langkah 5  :  Bercerita – Murid bercerita tentang cara menjaga keselamatan dengan menggunakan kata kerja yang sesuai.
7.     Langkah 6  :  Permainan bahasa – Murid mencari kosa kata  kata kerja dalam permainan silang kata.
8.     Penutup      :   Pentaksiran– Murid melengkapkan ayat dengan kata kerja yang sesuai dalam buku aktiviti .




Bahan bantu mengajar :
Buku teks, gambar ,buku aktiviti,paparan elektronik.
Instrumen taksiran :
Soal jawab secara lisan, lembaran kerja ,buku latihan dan aktiviti.
RPH 2
Unit 2-Sentiasa Jaga Diri
Hasil pembelajaran    :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ,murid harus dapat :
Kognitif
1.         Menyatakan benda-benda yang berbahaya dan cara menjaga keselamatan diri.
Psikomotor
2.         Menggunting dan menampalkan gambar benda-benda berbahaya pada kad manila.
Afektif
3.         Berbincang dalam kumpulan menyenaraikan alatan yang berbahaya dalam gambar .
Kaedah Pengajaran :
1.     Set induksi :  Soal-jawab – Murid bercerita tentang pengalaman kecederaan dalam kehidupan harian.
2.     Langkah 1  : Bercerita – Murid berbual tentang gambar dengan menggunakan kata panggilan.
3.     Langkah 2  :  Bacaan – Murid membaca dialog dalam gambar dengan sebutan yang betul .
4.     Langkah 3  :  Perbincangan – Murid menyenaraikan benda berbahaya yang terdapat dalam gambar.
5.     Langkah 4  : Sumbangsaran – Murid memberi cara menyimpan alatan berbahaya di tempat yang selamat.
6.     Langkah 5  :  Simulasi – Murid menggunting dan menampalkan gambar benda-benda berbahaya pada kad manila.
7.     Langkah 6  :  Perbincangan –Berbincang dengan murid tentang kepentingan menjaga keselamatan diri .
8.     Penutup      :  Pentaksiran –Murid menulis dan melukis benda-benda yang berbahaya dalam buku latihan.
Bahan bantu mengajar :
Buku teks, gambar ,buku aktiviti,buku latihan dan lembaran kerja, kad manila.
Instrumen taksiran :
Soal jawab secara lisan, lembaran kerja ,buku latihan dan aktiviti.

RPH 3
Unit 3-Sekolah Selamat
Hasil pembelajaran    :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ,murid harus dapat :
Kognitif
1.         Menyatakan peraturan-peraturan di kawasan sekolah  .
Psikomotor
2.         Berjalan di kawasan sekolah bawah bimbingan guru sambil meneliti dan membaca papan tanda keselamatan.
Afektif
3.         Berbincang dalam kumpulan tentang peraturan di kelas dan di kantin .

Kaedah Mengajar :
1.     Set induksi :   Demonstrasi oleh murid – Beberapa orang murid  mendemonstrasikan cara beratur semasa membeli makanan di kantin.
2.     Langkah 1  :  Bercerita – Murid bercerita tentang peraturan-peraturan di kawasan sekolah.
3.     Langkah 2  :  Bacaan – Murid membaca dialog dengan suara yang kuat dan intonasi yang betul .
4.     Langkah 3  :  Sumbangsaran – Murid menyatakan peraturan-peraturan yang tersurat dalam dialog yang dibaca.
5.     Langkah 4  :  Penerangan  – Guru membimbing murid menyatakan maklumat yang tertera pada papan tanda keselamatan .
6.     Langkah 5  :  Perbincangan – Murid berbincang dalam kumpulan tentang peraturan di kelas dan di kantin.
7.     Langkah 6  :  Sumbangsaran -  Murid berbincang dalam kumpulan tentang akibat tidak menjaga keselamatan diri di sekolah .
8.     Penutup      :  Pembelajaran Koperatif – Murid mengklasifikasikan maklumat yang dibaca dengan gambar.
Bahan bantu mengajar :
Buku teks, gambar ,buku aktiviti,buku latihan dan lembaran kerja
Instrumen taksiran :
Soal jawab secara lisan, lembaran kerja ,buku latihan dan aktiviti.




RPH 4
Unit 3-Sekolah Selamat
Hasil pembelajaran    :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ,murid harus dapat :
Kognitif
1.         Menyatakan cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya.
Psikomotor
2.         Melakonkan dialog dengan sebutan yang betul dan jelas secara gerak laku.
Afektif
3.         Berbincang dengan guru tentang peraturan di jalan raya.
Kaedah Mengajar :
1.     Set induksi :  Soal jawab – Murid menjawab soalan tentang  peraturan-peraturan di jalan raya.
2.     Langkah 1  : Bercerita – Murid bercerita pengalaman bersama-sama keluarga semasa di jalan raya.
3.     Langkah 2  : Bacaan – Murid membaca dialog dengan intonasi yang betul bawah bimbingan guru .
4.     Langkah 3  : Sumbangsaran – Murid menyatakan maklumat tersurat yang terdapat di dialog.
5.     Langkah 4  :  Lakonan – Murid melakon berdasarkan dialog yang diberi.
6.     Langkah 5  :  Perbincangan  – Murid berbincang dalam kumpulan untuk menyusun urutan gambar yang diberi.
7.     Langkah 6  : Soal jawab – Bersoal jawab dengan  murid tentang keselamatan  jalan raya.
8.     Penutup      :  Pentaksiran – Murid menyatakan cara-cara menjaga keselamatan diri di jalan raya.

Bahan bantu mengajar :
Buku teks, gambar ,buku aktiviti,buku latihan dan lembaran kerja
Instrumen taksiran :
Soal jawab secara lisan, lembaran kerja ,buku latihan dan aktiviti.
** Berharap tuan pensyarah boleh memberi tunjuk ajar ke atas kelemahan yang kami buat supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi  
     P&P di masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment